3 Ogos 2013
Hang Tuah Mall
Melaka
Semperna bulan mulia, bulan penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan yakni bulan untuk umat Islam seluruh dunia berpuasa dan menahan diri dari segala makan minum dan nafsu, GPMS Negeri Melaka telah mengambil kesempatan bagi menjalankan kerja amal dengan bersedekah dan mengedar bubur lambuk kepada orang awam di Hang Tuah Mall, Melaka. Program ini merupakan program wajib kerana pada ramadhan tahun lepas, GPMS Negeri Melaka pernah menjayakan program sebegini rupa walaupun pada lokasi yang berbeza. Disini, beberapa ahli GPMS Caw Khas KAYM telah menjadi salah seorang pembantu bagi menjayakan edaran bubur lambuk ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan