KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh JAWATAN KUASA SEMENTARA GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948 ;
SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR - bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu di tangan kami
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan