Motto atau Cogankata GPMS caw Khas KAYM

Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa

Sabtu, 9 Februari 2013

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM


Perlaksanaan
Hari Pertama pendaftaran peserta pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11. Pagi dan peserta diberi kebebasan berehat , solat dan makan tengahari sehingga pukul 2.00 petang. Selepas itu bengkel 1 bermula dengan tajuk bengkel iaitu Penghujahan dan Penangkisan Hujah. Pada Jam 3.30 petang bengkel ditangguhkan untuk memberi lalu kepada perasmian program yang telah dirasmikan oleh YBhg. Saudara Karim bin Yaakob dari Ketua Pemuda UMNO negeri Melaka. Bengkel disambung pada pukul 4.30 petang sehingga pukul 5.45 petang.. majlis ditangguh untuk memberi laluan solat asar dan minum petang.
Pada pukul 6.30 petang bengkel diteruskan untuk memecahkan kepada beberapa kumpulan dan memberi tajuk debat yang akan dijalankan kebudiaannya bengkel ditangguh untuk laluan solat maghrib.
Pertandingan Debat Pidato dijalankan pada pukul 8.00 malam yang membahaskan debat ala parlimen yang bertajuk: Muafakat Bangsa, Negara Terbela Budaya Bangsa Malaysia,  Mekanisme Perpaduan 1 Malaysia Kunci Kesejahteraan Negara.  Beza Berpolitik Untuk Kukuh Agama Dengan Guna Agama Untuk Kukuhkan Politik  Perpaduan UMNO-PAS, Apa faedahnya? , Kepimpinan Berintegriti, Bangsa Bermaruah  dan Anak Muda Kini Hanya Berfikir Soal Ekonomi Diri?. Debat ini menampilkan peserta yang berwibawa dan berpengetahuan ilmu setelah mengikuti bengkel pada siang hari tadi. Pertadingan ini dimenangi oleh Pergerakan Umno Bahagian Alor Gajah dan Peserta terbaik dimenagi oleh Saudara Tengku Fazlidapati bin Tengku Aziz.

Sukatan Bengkel

Modul 1
Pengenalan kepada Ilmu Pengucapan Awam - perihal pentingnya kemahiran Pengucapan Awam, imbasan ucapan-ucapan yang cemerlang. Penyusunan Pengucapan Awam - pembukaan, isi kandungan & penutup, logik & urutan. di mana saya berada sekarang dan ke mana saya ingin tuju? Mengatasi Darah Gemuruh & Menghindari Penongkat Ucapan pertama

Modul 2
Gerakan tangan, gaya berdiri, mimik muka, tatapan mata. Kepelbagaian Suara - kederasan & kelantangan suara, kaedah berdiam seketika. Perbendaharaan Kata Pinjaman - mengurangkan penggunaan perkataan-perkataan yang dicedok daripada Bahasa Inggeris, sebutan yang betul untuk perkataan pinjaman yang boleh diterima.
GAMBAR AKTIVITI :





Tiada ulasan: