Perjalanan
program bermula pada hari khamis malam pada pukul 8.00 malam di perkarangan
KAYM. Para peserta diminta berkumpul dan pada pukul 8.30 malam peserta diberi
taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Saiful iaitu wakil daripada Biro
Tatanegara yang menganjurkan program ini. Seterusnya setiusaha GPMS cawangan
khas KAYM iaitu Nurulhusna membuat semakan peserta yang menyertai program
tersebut untuk memastikan peserta hadir dan tidak hadir. Setelah selesai
taklimat, pada pukul 11 malam bas tiba di perkarangan KAYM. Sebelum bertolak,
Encik Saiful membuat doa selamat secara ringkas. Pada pukul 11.30 malam bas
bertolak ke Cameron Highland.
Tiba di Cameron
Highland pada pukul 6.30 pagi. Peserta menunaikan solat subuh dan kemudian pada
pukul 7.00 pagi bas bergerak ke tapak program di Sungai Pauh. Pada pukul 7.30
tiba di Sungai Pauh. Pada pukul 8.00 pagi peserta memulakan aktiviti dengan
membeli barang dan keperluan dengan menggunakan duit yang telah diberikan
sebelum program bermula. Seterusnya pada pukul 10.00 pagi peserta dibahagikan
kepada tujuh kumpalan yang telah sedia ada dibuat. Setiap kumpulan diberi
khemah dan peralatan memasak. Peserta diminta memasang khemah dan memasak untuk
makan tengah hari. Pada pukul 1.00 petang waktu makan dan solat zohor. Kemudian
aktiviti bebas. Pada pukul 3.30 petang peserta diminta bersiap untuk memulakan
mendaki gunung. Pada hari pertama pendakian ialah mendaki Gunung Berembun
dimana mengmbil dalam masa 4 hingga 5 jam perjalanan. Pada pukul 7.30 malam
tiba di tapak perkhemahan. Seterusnya peserta bersiap untuk solat maghrib kemudian
makan malam. Pukul 11.00 malam rehat dan tidur.
Pada hari kedua
iaitu 3 november pada pukul 10.00 pagi pesrta bersiap untuk mendaki gunung yang
kedua iaitu Gunung Brincang. Pendakian mengambil masa selama 7 jam. Seterusnya
peserta tiba di tapak perkhemahan pada pukul 7.00 malam seterusnya bersiap untuk solat maghrib dan makan malam. Pada sebelah malam peserta diberi aktiviti
bebas. Pada hari ketiga, peserta bersiap-siap untuk pulang. Membersihkan tapak perkhemahan.
Sebelum menamatkan program ini Encik Saiful memberi sedikit ucapan ringkas dan
sekali gus merasmikan penutup untuk Program Selami Dunia Baru II “Eksplorasi
Gunung Brincang”. Sesi bergambar.
Gambar Aktiviti :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan